Thursday, March 8, 2012

jauh dimata, dekat dihati :)

congrat to Madiha cinta hati.
sudah mendapat pekerjaan..
harap happy sentiasa. love and joy syg!

blaja cakap prancis jom?

Friday, December 23, 2011

sudah sekian lama tidak bersuara!

asyik dengan kehidupan saya,
mana ada pentingnya yang tiada berkaitan.
mengapa?
eley.. mana penting nya saya pula pada kalian?
hehe....
sua-sua kemudian sahaja.
happy tahun baru semua... :)

Wednesday, August 24, 2011

selamat hari cinta hanya untuk si dia :)

haha,
mungkin semuanya bersahaja,
tapi jangan lupa, bersahaja itu memikat kau sebenarnya.
bukan begitu cinta?

bersahaja aku cume luaran sahaja,
dalam hati penuh dengan asyik seronoknya.
setahun gembira bukan?
harapannya, moga sentiasa begitu ya cinta.

tulusnya cinta dari aku untuk kamu "Lina Madiha".
smile and love me always.
bebel bebel tu jgn selalu yup.hek hek.

SELAMAT HARI CINTA YANG PERTAMA!




Tuesday, May 31, 2011

susuk penuh benci kini!

sedangkan kedalam salur salur saraf tubuh aku tanamkan,
lalu nya darah menyalur sedikit demi sedikit benci.
mengapa berkata?
aku bukan salah atas nya kamu-kamu?
aku juga tiada membuat noda huru hara.
bukan nya kaya aku diperkata begitu.
setan mulut lancang kamu- kamu itu.
mengikut juga abdi-abdi lain bersuara.
kesini la semua melihat dari darjah yang berbeza.
ketuk dahi kan kau kata. "oh begitu rupa".

jika benar tulang ini seberat besi juga.
tidak tercuit sedikit pun apa-apa dari kamu semua.
tapi pengapa bersuara. sesedap suka?

mahukah kamu-kamu dijampikan dengan doa kebencian?

senyaplah dari mempersoalkan aku kalian..

Wednesday, March 2, 2011

anggan-anggan aku. jangan sibuk-sibuk

aku ada idea,
aku ada minat,
aku ada cara,
aku boleh usaha..

tetapi,
aku tiada modal,
aku tiada modal
aku tiada modal



ada sapa-sapa nk menyapa?
"hoi.nah 50k".

anggan-anggan saja lah kan.

Friday, November 26, 2010

suap - suap cinta dari aku!

untuk kamu,

disuap, sedap?
dari hati ke tangan,
dari tangan kemulut,
dari mulut turun semula kehati..

mungkin aku tidaknya seperti kamu,
tapi sedaya upaya aku untuk kamu,
lihat, catat, dan lukis dalam hati..
tanda cinta dari aku..

biarkan aku ingin berasa gah dihati sendiri,
kerana cinta dari kamu adalah mewah..!

bersyukur dan menyayangi kamu seiklasnya..



love from faizal nanchan to dodolku Lina madiha

          (- -) -------------------- (o o)

Saturday, November 13, 2010

pembongkaran rahsia terbesar!

BELACAN!!

pls..untuk yang tahu sahaja.
inilah resepi/bahan rahsia dlm masakan aku..
sepanjang bergelar chef!

Tuesday, November 9, 2010

Hey yang terkinja! apa tujuan kamu?

setiap mereka berkarya,
setiap mereka berkata seni itu ada pada mereka,
setiap mereka berkata mereka ingin menyumbang pada seni negara,
tapi walhalnya mereka akan lupa,
yang di niat mereka lupa,
egois, dalam semua karya,
matangnya tidak, cuma suka-suka,
mengapa?
pepatah lama berkata "tepuk dada tanya selera".

alpagios, pentatonic, swapping yang diutama..
bukan mentronom yang di kira pada mula,
hasilnya?
karya agung bagi mereka..

pembawakan kawan..
pembawakan..
yang dicari itu penting...
pilih disini..

1. penyampaian dan expresi emosi sendiri?
2. suka-suka sendiri?
3. mahu popular yang dicari?
4. minat yang tinggi?
5. menyampaikan item-item yang direka tanpa di copy?
6. duit?

selayak tingginya sekarang ini..
karnival sana sini...
mengapa?
sebab peminat mereka, mereka, dan mereka,
berpura-pura sebab kawan-kawan mereka kata pada mereka, yang mereka suka, lalu mereka pun cuba turut suka..
mereka itu anda ditakuk situ saja.
sedar..
jika mereka menggila sebab karya itu sememang nya unggul semacam karyanya Allayarham Sudirman,
mereka buat konsert dimana pun mereka pasti boleh datang,
bukan dekat chow kit road sahaja tahu?
dulu lain sekarang lain bukan alasan..
cuba..renungkan sahaja..
aku juga masukkan dalam diri,
marah tidak sekali,
cuba mengguris yang lain, yang angkuh bila sudah tinggi, yang lalai bila diselubungi keseronokkan sendiri..
walaupun secebis cuma, yang membaca, yang pernah berkata aku mahu jadi seniman juga, pilih dan tetapkan cuma..mana tujuan sebenarnya...

Thursday, September 30, 2010

aku bulan dan awan!

cemburu tanpa kata-kata,
marah tanpa nada,
cinta sukar dipertonton,
tapi percaya,
abadi iya jika kita saling percaya!
abadi iya jika berbincang dgn mesra!
abadi iya jika jujur itu dipertama!..
abadi iya jika tanggungjawab itu unggul dimana-mana.

imaginasi membina dan menghancur,
cara pendekatan itu penting..
positifkan minda..

aku mahu jadi bulan dimalam mu,
aku mahu jadi awan disiangmu.
pls!

mengapa?
dimalam aku pantulkan cahaya agar kau melihat jalan,
tanpa tersadung kebatu-batu..
disiang aku melindung dari terik cahaya mahatari agar kau redup segalanya..
selesa sentiasa..

pls gadisku madiha.

love untuk kamu!

p/s: sayang kau ketat-ketat, cinta kau padat-padat.

Saturday, September 18, 2010

aku mahu jadi superhero!

ya..superhero hatimu sengal!

Air mata tanda cinta!

sentap melihat sidia,
kerna ada air yang hampir mencurah dimata..
aku ajukan,
mengapa?
memek muka yang menjawab,
hiba, cinta, nyata keluar dan bermain dalam hati.
apakan daya,
situasi perlu kita fahami.
tiada jalan singkat untuk hindari hari seperti semalam,
tunggu aku usha..
duduk dikerusi dua, rumah yang dikramatkan disana,
kedai tiga tingkat yang disudut sana, rumah yang dipanggil yatim dua pastinya..
akan aku cuba untuk kau pastinya!

Tuesday, September 7, 2010

untuk si cun lie ku!

selincah kau,
nyata ada lembut,
dari berbilion gadis,
kau ada kelainan,
biar yang lain mengata,
janji si romeo mu ini tahu,
siapa kamu,
ayu kamu,
comel kamu,
cantik kamu,
bagus kamu,
cerdik kamu,
bebel kamu,
sayang kamu,

haha..
kau sudah ku kata,
kita adalah semua..

emosi-emosi biar cuma kita yang tahu..
riang itu perlu,
sedih itu di tepi..
manja-manja itu pasti!

Tangis kasih untuk bonda dan kamu-kamu!

Bonda,
memang semamangnya aku tahu,
kau lah yang menatang diri ini sejak dari sedar,
kaulah yang mengajar aku sejak dari engsot-engsot lagi..
tapi,
mungkin tidak ada tanda hargai dulu,
mungkin penyampaian kasih tidak gah dari aku,
menangis aku
menangis aku.
Bonda,
maaflah untuk aku...
tiada yang termampu,
penat dari kamu kini masuk dalam hati ku,
janji dari aku bukan calangan kini..
doakan, dan terus doakan...
memang sedih,
tapi ingatlah aku kini berjuang untuk kamu.
mahu apa?
ungkap!
dan aku usha....
pasti!



Kamu-kamu,
sememangnya pertama..
korban dibalas korban,
kasih dibalas kasih..
biar tiada nampak aku berdiri...
tapi percaya,
aku gah disisi.....

Friday, September 3, 2010

gadis supersonic

lu la sengal..
ha..lu yang baca..
lu ingat wa x tau lu bace?
lu la gadis supersonic wa..
hahaha...

super so unic!


madiha!

herm..
lagu untuk kamu aku dah reka ,
nti aku persembahkan dgn seromantisnya..
ok?


p/s
ha..ni utusan cinta buat aku punya gadis,
kolot dan jiwang lu kata, da hati aku mcm nie..
x de nk jadi hipokrit tunjuk lelaki, tapi sedih2 sendiri..
janji si dia suka, hati lain x payah bicara..

:)

Saturday, August 21, 2010

aku bisa tersungkur!

hari nie aku melangkah kedalam lagi,
aku melihat aku diletak sebaris dgn para mereka
nyata ingin menangis..
berbeza dan jauh aku boleh tersungkur,
memang, duduk samanya rendah..
tapi bila berdiri, tidak samanya tinggi bila dengan mereka,
nama-namanya terkeluar, mulanya tiada dalam otak ku, tapikau tanam dalam minda, dan kadang-kadang buat aku sendiri curiga,
cuma aku selak-selak satu persatu di alam maya ini,
aku fikir, layakkah aku...
sedangkan mereka-mereka itu jauh istimewanya,
nyata dia yang boleh membina jawapan...
mungkin ianya masih baru.

Friday, August 20, 2010

Romantik?


aku  selongkar alam maya ini sekeliannya,
aku skip satu persatu cerita cinta yg aku ada,
aku tapis baris-baris lagu untuk mengurai apa itu cinta.
semata-mata untuk dia..
ini berbeza....
nk berlagu nada?
kene siram air sudahnya.
nk bersurat cinta?
mampos aku mahu pikir kandungannya. research-research tadi susah mahu guna.
mahu candel light dinner?
itu tggu mahu kawin punya cerita..
tgk kemampuan la juga..

dari subuh kemalam.
tenteram?
bodoh! sudah tentu tidak!
mengapa?
cerita cinta, mmg begitu hasilnya...

mahu tahu bagaimana aku sitidak romantik melamarnya?
biar si dia bercerita...`
kisah sidia apa yang dirasa..

Wednesday, August 18, 2010

Kelibat!

melihat kelibat pasti rasa takut,
digembar-gembur selama lima tahun yang sudah..
banyak yang telah aku belajar,
lenggok-lenggok wanita dan emosi yang mengawal mereka,
mempermain rasa sayang aku sebenarnya..

kadang-kadang ada tangis dalam kesedihan,
tetapi riang didalam hatinya,
kadang-kadang suka,
tapi pura-pura tidak mengendahkannya..
itu la dia..

mmg ada usha,
tapi lagi byk dukanya,
bila tiada tarikan kpdnya, mula dia menggoda..

tiada perasan aku selama yang lepas..
kini aku bangkit dan sedar,
tipu-tipu sentiasa berlegar,
letak kan semua salah seperti biasa,
aku sudah tidak kesah.

lebih baiknya tiada,
dari meletak aku sentiasa didalam bencana,

semoga diatas memberi yang terbaik,
amin!

se-round.

fenomena anih disekeliling..
kurang menggemari,
jika berdiam, aku kurang selesa,
jika aku bersuara, aku marah tp dgn sebesar kuman sahaja,
jika aku berubah...paham paham sajalah..

yang sekeliling penting,
yang sekeliling runsing,
yang sekeliling pening...
ish....

dicuit menangis...











putih latarnya

kadang-kadang aku sendiri gentar,
kata-kata yang dulu-dulu membuat aku berfikir..
dimana dan akan kemana diletaknya aku nti..
mungkin kepenjuru-penjuru hatinya?
mungkin kepelusuk-pelusuk mindanya?

berfikir lagi,
latarnya kain putih, latarnya suci dan indah,
memilih bukan dari aku,
memilih datangnya dari kamu,
layaknya atau tidak diletak atas kamu..

mengapa?
kan udah dikata,
latarnya putih, tidak aku yang kehitaman!
pilih jalan mana pun...
bukan tiada kisah..
sebab layaknya kamu, bukan aku...

Cuma satu nasihat,
jgn terlalu bermain dgn kata-kata dan lenggok anggota,
kerna aku berfikir dari sana..
tindakan aku pon berasalnya dari kata kamu sbnarnya..
jgn sesedap suka,
kerna dalam tiada sedar aku memerhati sebenarnya..
phm-phm saja...
kata-kata dan perbuatan menentu masa depan ya?
tp sedarlah, kata-kata silam seketika dulu harus juga dikira...

Monday, August 16, 2010

adakah bakal taufan?

pening dan merasakan fenomena anih!
kurang selese la!